Kata Majmuk

>> Saturday, 13 March 2010

KATA majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar. Bentuk yang terhasil bertindak sebagai satu unit dan membawa makna khusus. Contohnya: buku tulis, gambar rajah, campur aduk dan terima kasih.

Kata majmuk buku tulis terdiri daripada dua binaan kata dasar, iaitu “buku” dan “tulis”. Kedua-dua kata yang dirangkaikan itu mempunyai maksud yang khusus, iaitu buku kosong untuk menyurat (sesuatu).

Kata majmuk dieja terpisah. Bentuknya yang wujud itu tidak boleh menerima sisipan unsur lain. Misalnya, rumah sakit ialah kata majmuk kerana tidak dapat disipkan kata lain seperti “yang”. Jika disipkan “yang” di antara kata rumah dengan kata sakit menghasilkan bentuk bahasa yang salah, iaitu “rumah yang sakit”, yakni seolah-olah “rumah” menderita kesakitan (berpenyakit).

Sebaliknya, kerusi meja bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung “dan” menghasilkan bentuk kerusi dan meja. Bentuk kerusi dan meja ialah binaan frasa nama.
Namun begitu, ada kata majmuk yang dieja bercantum sebagai satu perkataan yang utuh. Bentuk ejaan yang begini dianggap sudah mantap, dan tergolong dalam kecualian ejaan kata majmuk.
Contohnya: beritahu, bimiputera, kakitangan, matahari, olahraga, setiausaha, tandatangan,dan warganegara.

Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:

Pertama, bentuk rangkaian kata bebas.
Contohnya: alat tulis, air hujan, gambar rajah, jalan raya, jam tangan, kereta api, Perdana Menteri, tengah hari dan sapu tangan.

Kedua ialah bentuk istilah khusus.
Contohnya: atur cara, cermin mata, garis pusat, kanta tangan, kemas kini, dan urus setia

Akhir sekali ialah bentuk yang membawa makna kiasan, yang dinamakan juga sebagai simpulan bahasa.
Contohnya: anak emas, buah hati, bulan madu, kaki ayam, makan angin, dan ringan tulang.

Kata majmuk dapat digandakan bagi membawa maksud lebih daripada satu. Jika kata majmuk itu digandakan, kata pertama sahaja yang diulang.
Contohnya:

alat tulis - alat-alat tulis
balai raya - balai-balai raya
gambar rajah - gambar-gambar rajah
Menteri Besar - Menteri-Menteri Besar
surat khabar - surat-surat khabar

Bentuk-bentuk ejaan seperti *alat tulis-alat tulis, *balai raya-balai raya, *gambar rajah-gambar rajah, *Menteri Besar-Menteri Besar, dan *surat khabar-surat khabar merupakan bentuk-bentuk kata majmuk yang salah.

Jika kata ganda itu terdiri daripada bentuk yang telah mantap, yakni ejaannya bergabung, maka penggandaannya melibatkan seluruh unsur.
Contohnya:
cenderamat - cenderamat-cenderamata
jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa
kakitangan - kakitangan-kakitangan
setiausaha - setiausaha-setiausaha
suruhanjaya - suruhanjaya-suruhanjaya

Selain penggandaan, kata majmuk juga dapat menerima imbuhan. Pengimbuhan kata majmuk berlaku dalam dua bentuk , iaitu dengan awalan atau akhiran.

Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran ejaannya terpisah.
Contohnya:
ambil alih - mengambil alih
campur aduk - bercampur aduk
temu bual - ditemu bual
reka bentuk - direka bentuk
daya serap - daya serapan

Bentuk-bentuk ejaan seperti mengambilalih, * bercampuraduk, *ditemubual, *direkabentuk, dan *dayaserapan merupakan bentuk-bentuk ejaan yang salah kerana menggabungkan keseluruhan unsur kata majmuk tersebut.

Kata majmuk yang menerima apitan ejaannya bercantum.
Contohnya:
putar belit - memutarbelitkan
kuat kuasa - dikuatkuasakan
ramah tamah - keramahtamahan
surat khabar - persuratkhabaran
salah guna - penyalahgunaan

Read more...

Karangan Cerita

>> Sunday, 28 February 2010

Penulisan : i. Karangan Jenis Cerita ii. Memindahkan Maklumat


Nota :


Read more...

Bahasa Melayu - Ujian Diagnostik

>> Friday, 26 February 2010

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1 Bunga itu _____________ kerana tidak mendapat cahaya matahari.

A. layu
B. sayu
C. sakit
D. lemah

Soalan 2 berdasarkan Gambar


2 Suasana di kawasan tepi pantai itu sungguh ______________.

A . sedap
B. senang
C. lapang
D. nyaman

3 Badannya berasa amat ________________ kerana sudah dua hari dia tidak menjamah makanan.

A. lembut
B. lemah
C. lembik
D. lemau

4 Bandar raya Kuala Lumpur sangat _____________ membangun.

A. ligat
B. deras
C. pesat
D. kencang

5 Peserta yang bersuara _______________ itu menjadi johan dalam pertandingan nyanyian yang diadakan.

A. enak
B. lunak
C. lemak
D. lemah

6 Selepas hujan berhenti, langit pun kembali ________________.

A. putih
B. cerah
C. jelas
D. jernih

7 Wajahnya _______________ sahaja kerana dia tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya.

A. kabur
B. gelap
C. kelam
D. muram

Soalan 8 berdasarkan Gambar 2



8 Pondok di tepi sungai itu sudah terlalu ________________.

A. lama
B. lusuh
C. lanjut
D. usang

9 Cikgu Azihani sering menasihati anak-anak muridnya supaya berusaha____________ gigih.

A. dari
B. untuk
C. dengan
D. kepada

10 Pemenang peraduan itu berasal ___________ Melaka.

A. ke
B. pada
C. dari
D. daripada

11 Mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia telah ditunda ______________ minggu hadapan.

A. ke
B. kepada
C. dengan
D. daripada

12 Chai Ling ditegur _______________ Cikgu Mona kerana dia membuang sampah _____________ dalam longkang.

A. dengan…di
B. oleh…ke
C. daripada…ke
D. untuk…pada

13 Pak Mail bekerja keras _______________ mencari rezeki yang halal.

A. oleh
B. dengan
C. tentang
D. untuk

14 Cerita yang bacanya itu adalah berkisar _______________ kehidupan seorang nelayan.

A. oleh
B. daripada
C. tentang
D. kepada

15 Kejadian samun itu berlaku ________________ waktu subuh.

A. di
B. pada
C. dengan
D. daripada


16 Sharlina menulis nombor telefon rakannya di atas se __________ kertas.

A. cubit
B. butir
C. cebis
D. pucuk

17 Dua __________ rumah musnah dalam kebakaran malam tadi.

A. buah
B. bentuk
C. bidang
D. batang

18 Suhaimi menjerit kesakitan apabila kakinya tersepak se__________ batu.

A. ketul
B. deret
C. berkas
D. bentuk

19 Puan Juliana menyuruh anaknya membeli dua ___________ sayur sawi.

A. ikat
B. butir
C. potong
D. rumpun

20 Sebelum mengakhiri ucapannya, penceramah itu membaca se____________ pantun.

A. deret
B. baris
C. potong
D. rangkap

21 Pak Dolah meletakkan se_____________ pisang emas di dalam perahunya.

A. ketul
B. ulas
C. tandan
D. keping

22 Ibu memasukkan beberapa ____________ garam ke dalam sup yang sedang dimasaknya.

A. butir
B. cebis
C. cubit
D. kepul

23 Cikgu Hamid terkejut apabila mendapati ada beberapa _____________ rokok di dalam bilik darjahnya.

A. potong
B. berkas
C. puntung
D. gugus

24 Puan Mary memasukkan wang tersebut ke dalam se ____________ sampul surat.

A. buah
B. bidang
C. buku
D. helai

25 Ada beberapa ______________ majalah tersusun di atas rak itu.

A. biji
B. helai
C. keping
D. naskhah

26 Jailani telah berjaya mendapat tempat _____________ dalam pertandingan itu.

A. dua
B. kedua
C. dua-dua
D. kedua-dua

27 _______________ petang Aminah bersiar-siar di taman rekreasi itu.

A. Semua
B. Setiap
C. Segala
D. Setengah

28 ________________ kenderaan diletakkan di kawasan letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.

A. Ratus
B. Ratusan
C. Beratus
D. Keseratus

29 Jumlah pekerja syarikat itu ________________ orang.

A. ribuan
B. seribu
C. keseribu
D. beribu-ribu

30 ______________ jenis buku dijual di Pesta Buku Antarbangsa.

A. Semua
B. Segala
C. Sekalian
D. Berbagai-bagai

Read more...

Pemahaman - Diari

>> Thursday, 25 February 2010

Analisa Soalan

Baca petikan diari di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikunya.

12 Januari 2010 (Selasa)

Pagi ini seperti pagi-pagi lainnya, aku bangun awal pagi dan bersembahyang Subuh. Walaupun cuti telah bermula, aku masih bangun awal kerana telah dilatih oleh ayah dan ibu sejak kecil sehingga usiaku 12 tahun kini. Disiplin ini telah menjadi darah daging aku dan keluargaku. Hari ini aku mendapat berita gembira. Ayah memberitahu kami akan ke Terengganu menghadiri majlis kenduri kahwin Kak Ina, kakak saudaraku.

13 Januari 2010 (Rabu)

Malam ini terasa amat lambat berlalu. Aku tidak sabar menanti pagi esok. Kami akan bertolak selepas waktu Subuh. Kata ayah, jam 7.00 pagi semua orang mesti bersedia. Kami akan bertolak jam 7.30 pagi, selepas sarapan. Mata ini tidak terasa mengantuk. Cepatlah tiba pagi Rabu kerana aku akan bertemu dengan abang saudaraku Kamal, adik Kak Ina yang menjadi inspirasiku. Abang Kamal seorang juruterbang MAS. Dia telah menjadi juruterbang sejak dua tahun lalu. Aku ingin menemuinya dan mendengar ceritanya. Aku juga berasa gembira akan bertemu adik abang Kamal, Amirul yang berusia 14 tahun.

14 Januari 2010 (Khamis)

Aku menjadi bahan tertawa keluarga hari ini. Apa tidaknya, aku terlewat bangun, mungkin sebab terlalu lewat tidur malam tadi. Kata ibu, aku seperti orang mengigau. Berjalan sambil mata terpejam dan ketika ibu mengarahkan aku segera mandi dan sembahyang Subuh, aku telah membuka pintu almari yang kusangka pintu bilik mandi. Semua tertawa mendengar cerita ibu. Begitulah bahagianya keluarga kami. Ah, inilah hari yang kunantikan. Abang Kamal .... Amin datang .... Kami bertolak jam 7.45 pagi dan tiba di Kuala Terengganu jam 1.30 tengah hari. Mak Long Minah telah menyediakan makan tengah hari yang sangat sedap.

15 Januari 2010 (Jumaat)

Aku rasa bagai hendak melompat dan memeluk abang Kamal apabila melihatnya berdiri di muka pintu rumahnya dengan pakaian seragamnya. ”Abang baru balik?” sapaku gembira. ”Ya, Amin sampai semalam ya?” tanyanya lagi. Aku mendekatinya dan bersalaman. Dia memegang bahuku dan kami duduk di sofa. Aku membelek pakaian seragamnya yang sangat mengagumkan aku. Dia membuka topi dan menyarungkannya ke kepalaku. Wah, seronoknya dapat pakai topi juruterbang. Abang Kamal tertawa besar apabila aku berlagak seperti juruterbang yang sedang memandu kapal terbang. ”Nanti, bila Amin besar nak jadi juruterbang macam abang Kamal ke?” tanya abang Kamal. ”Ya” jawabku penuh yakin. ”Insya-Allah, belajar rajin-rajin ya?” katanya. Aku mengangguk dan abang Kamal ke biliknya membiarkan aku dengan impianku. Dia berjanji akan bercerita tentang tugasnya kepadaku malam ini.

oleh Faziah Sulaiman
1. Siapakah nama aku dan berapakah umurnya?

A. Ina berusia 12 tahun
B. Amin berumur 12 tahun
C. Kamal berusia 2 tahun
D. Amirul berusia 14 tahun

2. Mengapakah aku dan keluarganya ke Kuala Terengganu?

A. menghadiri majlis kenduri kahwin
B. bertemu dengan Abang Kamal
C. bertemu dengan Amirul
D. pergi bercuti

3. Mengapakah aku ditertawakan oleh keluarganya?

A. lewat bangun dan silap membuka pintu bilik mandi
B. berangan-angan menjadi juruterbang
C. bermain dengan sepupunya Amirul
D. seronok memakai topi juruterbang

4. Apakah cita-cita aku apabila dewasa nanti dan siapakah sumber inspirasi aku?

A. menjadi doktor seperti ayahnya
B. menjadi guru seperti Makcik Minah
C. menjadi juruterbang seperti Abang Kamal
D. menjadi jurutera seperti saudara sepupunya Kak Ina

5. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan menjadi juruterbang?

I. gajinya lumayan
II. dapat melihat pelbagai negara di seluruh dunia
III. pekerjaan yang terjamin dan sangat selamat
IV. seronok bekerja melayan tetamu yang berbilang bangsa

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Read more...

Kata Bilangan

Minda Kreatif - Rumahku Syurgaku


Dua tiga kucing berlari;
Berlari-lari di tepi telaga;
Rumahku cantik lagi berseri,
Tempat berhimpun seisi keluarga.

Anak panglima gagah perkasa,

Setiap hari asyik berjaga;
Teratak indah di hujung desa,
Laksana syurga kami sekeluarga.


• Lafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
• Cari kata bilangan dalam pantun tersebut.
• Cipta serangkap pantun tentang keistimewaan rumah kamu.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. __________ pegawai kerajaan disaran agar menjalankan tugas dengan jujur dan berdisiplin.

A . Segala

B. Semua

C. Seluruh

D. Setengah

2. Pihak polis telah mengambil ____________ langkah untuk mengurangkan kes jenayah di kawasan bandar.

A. setiap
B. seluruh
C. pelbagai
D. setengah

3 . Encik Arumugam memenangi sebuah komputer apabila terpilih sebagai pengunjung ______________ pameran buku itu.

A. ribu
B. ribuan
C. keseribu
D. beribu-ribu

4. Pihak polis menahan ______________ lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak.

A. empat
B. keempat
C. berempat
D. keempat-empat

5 . ______________ buah kenderaan tenggelam dalam kejadian banjir di ibu kota.

A. Setiap
B. Segala
C. Sepuluh
D. Sebahagian

Read more...

Bahasa Melayu - Kata Ganti Nama Diri

Latihan Minda Kreatif



· Baca perbualan dengan teliti.
· Berikan nilai murni dan pengajaran.
· Cari kata ganti nama diri orang.
· Lakonkan situasi


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. “ Marilah ___________ pergi menziarahi guru kita yang sedang sakit,” kata Jamilah kepada rakannya.
A . dia
B . kita
C . kami
D . kamu

2 . “___________ perlu mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah,” pesan Cikgu Baharin kepada anak-anak muridnya.
A . Awak
B . Beliau
C . Kamu
D . Anda

3 . Menurut Vivien, kemalangan itu berlaku ketika ___________ dan Sally sedang menunggu bas di tepi jalan.
A . dia
B . kita
C . kami
D . mereka

4. Walaupun Datuk Majid sibuk dengan urusan perniagaannya, namun __________ sempat meluangkan masa menghadiri majlis itu.
A . kau
B . beliau
C . baginda
D . mereka

5. “__________ berjanji tidak akan melakukan kesilapan lagi,” kata Azri dan Choo Kien kepada Cikgu Dahari.
A . Saya
B . Kami
C . Hamba
D . Baginda

Read more...

Bidalan

>> Wednesday, 24 February 2010

Memahami Bidalan
  • Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
  • Belakang parang diasah lagikan tajam.
  • Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
  • Melepas anjing tersepit.
  • Tidak tahu menari salahkan lantai jongkang-jongket.

Padankan bidalan di atas dengan maksud di bawah ini.


1. Orang yang pendiam tidak semestinya bodoh atau takut.


.....................................................................................


2. Menolong orang yang tidak tahu membalas budi.


.....................................................................................



3. Sesuatu hanya dapat diperolehi kalau kita berusaha.


.....................................................................................


4. Orang yang menyalahkan orang lain kerana kebodohan sendiri.


.....................................................................................


5. Tingkah laku anak yang seperti ibu bapanya.


.....................................................................................


6. Orang yang bodoh sekalipun, jika berusaha akan pandai.


.....................................................................................

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP