Bahasa Melayu - Panduan Mengarang
>> Saturday, 20 February 2010
PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkan pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembuka atau penegenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan tersebut. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa. Oleh itu, pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan anda hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan yang lain. Isi-isi itu dipecahkan dalan perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Biasanya sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid adalag lebih panjang daripada perenggan lain. Jaga isi karangan supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan dari menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Jangan campur-adukkan isi dan elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.
Tip : Antara kaedah mencari isi
Kaedah 1 ( Pertanyaan )
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?
Kaedah 2 ( Membuat Peta Minda )
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya jiga handaklah memberi suatu kepuasa kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita secara ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara tergantung atau mengejut.
0 comments:
Post a Comment