Kata Majmuk

>> Saturday, 13 March 2010

KATA majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar. Bentuk yang terhasil bertindak sebagai satu unit dan membawa makna khusus. Contohnya: buku tulis, gambar rajah, campur aduk dan terima kasih.

Kata majmuk buku tulis terdiri daripada dua binaan kata dasar, iaitu “buku” dan “tulis”. Kedua-dua kata yang dirangkaikan itu mempunyai maksud yang khusus, iaitu buku kosong untuk menyurat (sesuatu).

Kata majmuk dieja terpisah. Bentuknya yang wujud itu tidak boleh menerima sisipan unsur lain. Misalnya, rumah sakit ialah kata majmuk kerana tidak dapat disipkan kata lain seperti “yang”. Jika disipkan “yang” di antara kata rumah dengan kata sakit menghasilkan bentuk bahasa yang salah, iaitu “rumah yang sakit”, yakni seolah-olah “rumah” menderita kesakitan (berpenyakit).

Sebaliknya, kerusi meja bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung “dan” menghasilkan bentuk kerusi dan meja. Bentuk kerusi dan meja ialah binaan frasa nama.
Namun begitu, ada kata majmuk yang dieja bercantum sebagai satu perkataan yang utuh. Bentuk ejaan yang begini dianggap sudah mantap, dan tergolong dalam kecualian ejaan kata majmuk.
Contohnya: beritahu, bimiputera, kakitangan, matahari, olahraga, setiausaha, tandatangan,dan warganegara.

Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:

Pertama, bentuk rangkaian kata bebas.
Contohnya: alat tulis, air hujan, gambar rajah, jalan raya, jam tangan, kereta api, Perdana Menteri, tengah hari dan sapu tangan.

Kedua ialah bentuk istilah khusus.
Contohnya: atur cara, cermin mata, garis pusat, kanta tangan, kemas kini, dan urus setia

Akhir sekali ialah bentuk yang membawa makna kiasan, yang dinamakan juga sebagai simpulan bahasa.
Contohnya: anak emas, buah hati, bulan madu, kaki ayam, makan angin, dan ringan tulang.

Kata majmuk dapat digandakan bagi membawa maksud lebih daripada satu. Jika kata majmuk itu digandakan, kata pertama sahaja yang diulang.
Contohnya:

alat tulis - alat-alat tulis
balai raya - balai-balai raya
gambar rajah - gambar-gambar rajah
Menteri Besar - Menteri-Menteri Besar
surat khabar - surat-surat khabar

Bentuk-bentuk ejaan seperti *alat tulis-alat tulis, *balai raya-balai raya, *gambar rajah-gambar rajah, *Menteri Besar-Menteri Besar, dan *surat khabar-surat khabar merupakan bentuk-bentuk kata majmuk yang salah.

Jika kata ganda itu terdiri daripada bentuk yang telah mantap, yakni ejaannya bergabung, maka penggandaannya melibatkan seluruh unsur.
Contohnya:
cenderamat - cenderamat-cenderamata
jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa
kakitangan - kakitangan-kakitangan
setiausaha - setiausaha-setiausaha
suruhanjaya - suruhanjaya-suruhanjaya

Selain penggandaan, kata majmuk juga dapat menerima imbuhan. Pengimbuhan kata majmuk berlaku dalam dua bentuk , iaitu dengan awalan atau akhiran.

Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran ejaannya terpisah.
Contohnya:
ambil alih - mengambil alih
campur aduk - bercampur aduk
temu bual - ditemu bual
reka bentuk - direka bentuk
daya serap - daya serapan

Bentuk-bentuk ejaan seperti mengambilalih, * bercampuraduk, *ditemubual, *direkabentuk, dan *dayaserapan merupakan bentuk-bentuk ejaan yang salah kerana menggabungkan keseluruhan unsur kata majmuk tersebut.

Kata majmuk yang menerima apitan ejaannya bercantum.
Contohnya:
putar belit - memutarbelitkan
kuat kuasa - dikuatkuasakan
ramah tamah - keramahtamahan
surat khabar - persuratkhabaran
salah guna - penyalahgunaan

Read more...

Karangan Cerita

>> Sunday, 28 February 2010

Penulisan : i. Karangan Jenis Cerita ii. Memindahkan Maklumat


Nota :


Read more...

Bahasa Melayu - Ujian Diagnostik

>> Friday, 26 February 2010

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1 Bunga itu _____________ kerana tidak mendapat cahaya matahari.

A. layu
B. sayu
C. sakit
D. lemah

Soalan 2 berdasarkan Gambar


2 Suasana di kawasan tepi pantai itu sungguh ______________.

A . sedap
B. senang
C. lapang
D. nyaman

3 Badannya berasa amat ________________ kerana sudah dua hari dia tidak menjamah makanan.

A. lembut
B. lemah
C. lembik
D. lemau

4 Bandar raya Kuala Lumpur sangat _____________ membangun.

A. ligat
B. deras
C. pesat
D. kencang

5 Peserta yang bersuara _______________ itu menjadi johan dalam pertandingan nyanyian yang diadakan.

A. enak
B. lunak
C. lemak
D. lemah

6 Selepas hujan berhenti, langit pun kembali ________________.

A. putih
B. cerah
C. jelas
D. jernih

7 Wajahnya _______________ sahaja kerana dia tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya.

A. kabur
B. gelap
C. kelam
D. muram

Soalan 8 berdasarkan Gambar 2



8 Pondok di tepi sungai itu sudah terlalu ________________.

A. lama
B. lusuh
C. lanjut
D. usang

9 Cikgu Azihani sering menasihati anak-anak muridnya supaya berusaha____________ gigih.

A. dari
B. untuk
C. dengan
D. kepada

10 Pemenang peraduan itu berasal ___________ Melaka.

A. ke
B. pada
C. dari
D. daripada

11 Mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia telah ditunda ______________ minggu hadapan.

A. ke
B. kepada
C. dengan
D. daripada

12 Chai Ling ditegur _______________ Cikgu Mona kerana dia membuang sampah _____________ dalam longkang.

A. dengan…di
B. oleh…ke
C. daripada…ke
D. untuk…pada

13 Pak Mail bekerja keras _______________ mencari rezeki yang halal.

A. oleh
B. dengan
C. tentang
D. untuk

14 Cerita yang bacanya itu adalah berkisar _______________ kehidupan seorang nelayan.

A. oleh
B. daripada
C. tentang
D. kepada

15 Kejadian samun itu berlaku ________________ waktu subuh.

A. di
B. pada
C. dengan
D. daripada


16 Sharlina menulis nombor telefon rakannya di atas se __________ kertas.

A. cubit
B. butir
C. cebis
D. pucuk

17 Dua __________ rumah musnah dalam kebakaran malam tadi.

A. buah
B. bentuk
C. bidang
D. batang

18 Suhaimi menjerit kesakitan apabila kakinya tersepak se__________ batu.

A. ketul
B. deret
C. berkas
D. bentuk

19 Puan Juliana menyuruh anaknya membeli dua ___________ sayur sawi.

A. ikat
B. butir
C. potong
D. rumpun

20 Sebelum mengakhiri ucapannya, penceramah itu membaca se____________ pantun.

A. deret
B. baris
C. potong
D. rangkap

21 Pak Dolah meletakkan se_____________ pisang emas di dalam perahunya.

A. ketul
B. ulas
C. tandan
D. keping

22 Ibu memasukkan beberapa ____________ garam ke dalam sup yang sedang dimasaknya.

A. butir
B. cebis
C. cubit
D. kepul

23 Cikgu Hamid terkejut apabila mendapati ada beberapa _____________ rokok di dalam bilik darjahnya.

A. potong
B. berkas
C. puntung
D. gugus

24 Puan Mary memasukkan wang tersebut ke dalam se ____________ sampul surat.

A. buah
B. bidang
C. buku
D. helai

25 Ada beberapa ______________ majalah tersusun di atas rak itu.

A. biji
B. helai
C. keping
D. naskhah

26 Jailani telah berjaya mendapat tempat _____________ dalam pertandingan itu.

A. dua
B. kedua
C. dua-dua
D. kedua-dua

27 _______________ petang Aminah bersiar-siar di taman rekreasi itu.

A. Semua
B. Setiap
C. Segala
D. Setengah

28 ________________ kenderaan diletakkan di kawasan letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.

A. Ratus
B. Ratusan
C. Beratus
D. Keseratus

29 Jumlah pekerja syarikat itu ________________ orang.

A. ribuan
B. seribu
C. keseribu
D. beribu-ribu

30 ______________ jenis buku dijual di Pesta Buku Antarbangsa.

A. Semua
B. Segala
C. Sekalian
D. Berbagai-bagai

Read more...

Pemahaman - Diari

>> Thursday, 25 February 2010

Analisa Soalan

Baca petikan diari di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikunya.

12 Januari 2010 (Selasa)

Pagi ini seperti pagi-pagi lainnya, aku bangun awal pagi dan bersembahyang Subuh. Walaupun cuti telah bermula, aku masih bangun awal kerana telah dilatih oleh ayah dan ibu sejak kecil sehingga usiaku 12 tahun kini. Disiplin ini telah menjadi darah daging aku dan keluargaku. Hari ini aku mendapat berita gembira. Ayah memberitahu kami akan ke Terengganu menghadiri majlis kenduri kahwin Kak Ina, kakak saudaraku.

13 Januari 2010 (Rabu)

Malam ini terasa amat lambat berlalu. Aku tidak sabar menanti pagi esok. Kami akan bertolak selepas waktu Subuh. Kata ayah, jam 7.00 pagi semua orang mesti bersedia. Kami akan bertolak jam 7.30 pagi, selepas sarapan. Mata ini tidak terasa mengantuk. Cepatlah tiba pagi Rabu kerana aku akan bertemu dengan abang saudaraku Kamal, adik Kak Ina yang menjadi inspirasiku. Abang Kamal seorang juruterbang MAS. Dia telah menjadi juruterbang sejak dua tahun lalu. Aku ingin menemuinya dan mendengar ceritanya. Aku juga berasa gembira akan bertemu adik abang Kamal, Amirul yang berusia 14 tahun.

14 Januari 2010 (Khamis)

Aku menjadi bahan tertawa keluarga hari ini. Apa tidaknya, aku terlewat bangun, mungkin sebab terlalu lewat tidur malam tadi. Kata ibu, aku seperti orang mengigau. Berjalan sambil mata terpejam dan ketika ibu mengarahkan aku segera mandi dan sembahyang Subuh, aku telah membuka pintu almari yang kusangka pintu bilik mandi. Semua tertawa mendengar cerita ibu. Begitulah bahagianya keluarga kami. Ah, inilah hari yang kunantikan. Abang Kamal .... Amin datang .... Kami bertolak jam 7.45 pagi dan tiba di Kuala Terengganu jam 1.30 tengah hari. Mak Long Minah telah menyediakan makan tengah hari yang sangat sedap.

15 Januari 2010 (Jumaat)

Aku rasa bagai hendak melompat dan memeluk abang Kamal apabila melihatnya berdiri di muka pintu rumahnya dengan pakaian seragamnya. ”Abang baru balik?” sapaku gembira. ”Ya, Amin sampai semalam ya?” tanyanya lagi. Aku mendekatinya dan bersalaman. Dia memegang bahuku dan kami duduk di sofa. Aku membelek pakaian seragamnya yang sangat mengagumkan aku. Dia membuka topi dan menyarungkannya ke kepalaku. Wah, seronoknya dapat pakai topi juruterbang. Abang Kamal tertawa besar apabila aku berlagak seperti juruterbang yang sedang memandu kapal terbang. ”Nanti, bila Amin besar nak jadi juruterbang macam abang Kamal ke?” tanya abang Kamal. ”Ya” jawabku penuh yakin. ”Insya-Allah, belajar rajin-rajin ya?” katanya. Aku mengangguk dan abang Kamal ke biliknya membiarkan aku dengan impianku. Dia berjanji akan bercerita tentang tugasnya kepadaku malam ini.

oleh Faziah Sulaiman
1. Siapakah nama aku dan berapakah umurnya?

A. Ina berusia 12 tahun
B. Amin berumur 12 tahun
C. Kamal berusia 2 tahun
D. Amirul berusia 14 tahun

2. Mengapakah aku dan keluarganya ke Kuala Terengganu?

A. menghadiri majlis kenduri kahwin
B. bertemu dengan Abang Kamal
C. bertemu dengan Amirul
D. pergi bercuti

3. Mengapakah aku ditertawakan oleh keluarganya?

A. lewat bangun dan silap membuka pintu bilik mandi
B. berangan-angan menjadi juruterbang
C. bermain dengan sepupunya Amirul
D. seronok memakai topi juruterbang

4. Apakah cita-cita aku apabila dewasa nanti dan siapakah sumber inspirasi aku?

A. menjadi doktor seperti ayahnya
B. menjadi guru seperti Makcik Minah
C. menjadi juruterbang seperti Abang Kamal
D. menjadi jurutera seperti saudara sepupunya Kak Ina

5. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan menjadi juruterbang?

I. gajinya lumayan
II. dapat melihat pelbagai negara di seluruh dunia
III. pekerjaan yang terjamin dan sangat selamat
IV. seronok bekerja melayan tetamu yang berbilang bangsa

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Read more...

Kata Bilangan

Minda Kreatif - Rumahku Syurgaku


Dua tiga kucing berlari;
Berlari-lari di tepi telaga;
Rumahku cantik lagi berseri,
Tempat berhimpun seisi keluarga.

Anak panglima gagah perkasa,

Setiap hari asyik berjaga;
Teratak indah di hujung desa,
Laksana syurga kami sekeluarga.


• Lafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
• Cari kata bilangan dalam pantun tersebut.
• Cipta serangkap pantun tentang keistimewaan rumah kamu.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. __________ pegawai kerajaan disaran agar menjalankan tugas dengan jujur dan berdisiplin.

A . Segala

B. Semua

C. Seluruh

D. Setengah

2. Pihak polis telah mengambil ____________ langkah untuk mengurangkan kes jenayah di kawasan bandar.

A. setiap
B. seluruh
C. pelbagai
D. setengah

3 . Encik Arumugam memenangi sebuah komputer apabila terpilih sebagai pengunjung ______________ pameran buku itu.

A. ribu
B. ribuan
C. keseribu
D. beribu-ribu

4. Pihak polis menahan ______________ lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak.

A. empat
B. keempat
C. berempat
D. keempat-empat

5 . ______________ buah kenderaan tenggelam dalam kejadian banjir di ibu kota.

A. Setiap
B. Segala
C. Sepuluh
D. Sebahagian

Read more...

Bahasa Melayu - Kata Ganti Nama Diri

Latihan Minda Kreatif



· Baca perbualan dengan teliti.
· Berikan nilai murni dan pengajaran.
· Cari kata ganti nama diri orang.
· Lakonkan situasi


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. “ Marilah ___________ pergi menziarahi guru kita yang sedang sakit,” kata Jamilah kepada rakannya.
A . dia
B . kita
C . kami
D . kamu

2 . “___________ perlu mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah,” pesan Cikgu Baharin kepada anak-anak muridnya.
A . Awak
B . Beliau
C . Kamu
D . Anda

3 . Menurut Vivien, kemalangan itu berlaku ketika ___________ dan Sally sedang menunggu bas di tepi jalan.
A . dia
B . kita
C . kami
D . mereka

4. Walaupun Datuk Majid sibuk dengan urusan perniagaannya, namun __________ sempat meluangkan masa menghadiri majlis itu.
A . kau
B . beliau
C . baginda
D . mereka

5. “__________ berjanji tidak akan melakukan kesilapan lagi,” kata Azri dan Choo Kien kepada Cikgu Dahari.
A . Saya
B . Kami
C . Hamba
D . Baginda

Read more...

Bidalan

>> Wednesday, 24 February 2010

Memahami Bidalan
  • Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
  • Belakang parang diasah lagikan tajam.
  • Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
  • Melepas anjing tersepit.
  • Tidak tahu menari salahkan lantai jongkang-jongket.

Padankan bidalan di atas dengan maksud di bawah ini.


1. Orang yang pendiam tidak semestinya bodoh atau takut.


.....................................................................................


2. Menolong orang yang tidak tahu membalas budi.


.....................................................................................



3. Sesuatu hanya dapat diperolehi kalau kita berusaha.


.....................................................................................


4. Orang yang menyalahkan orang lain kerana kebodohan sendiri.


.....................................................................................


5. Tingkah laku anak yang seperti ibu bapanya.


.....................................................................................


6. Orang yang bodoh sekalipun, jika berusaha akan pandai.


.....................................................................................

Read more...

Latihan Mencatat Nilai Murni

Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Bunga melati mekar berkembang,
Penuh menghias di tepi taman;
Usah jadi si kera sumbang,
Nasib malang tiada kawan.
Sungguh manis rasanya madu,
Hendak makan berhati-hati;
Resmi berkawan bersatu padu,
Usah menjadi batu api.
Pohon jati pohon angsana,
Tempat bermain anak remaja;
Kawan sejati setia bersama,
Masa gembira atau duka.
Kalau hendak memasang bubu,
Jangan diletak di tepi batu;
Kalau berkawan biar seribu,
Kalau bermusuh janganpun satu.
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________

Read more...

Kata Nama

Kata Nama

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang : ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang : ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan : pokok, betik, rumput, lalang dll
benda : pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat : pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah. ( Pada akhir ayat )
Gajah itu berbadan besar. ( Pada awal ayat )

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia - Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
binatang - Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat - Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan - Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul - buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda - Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan : Kata Nama Am : Kata Nama Khas
Benda - bangunan - Bangunan Tabung Haji
- kereta - Proton Saga
- buku - Bahasa Melayu
- sekolah - S.K. Darau

Orang - doktor - Doktor Efendi
- kerani - Puan Zainun
- guru - Cikgu Azmi
- budak lelaki - Muhamad Fauzi

Binatang - kucing - Si Tompok
- lembu - Lembu Sapi
- katak - Katak Puru
- ayam - Ayam Belanda
- burung - Burung Murai

Tempat - negeri - Kelantan
- bandar - Kota Bharu
- kampung - Kampung Pasir Kota
- tasek - Tasek Perdana

Tumbuhan - pisang - Pisang Emas
- cili - Cili Padi
- jambu - Jambu Batu
- limau - Limau Kasturi

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
- di awal kata ( awalan )
- di akhir kata ( akhiran )
- di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan :


di awal kata : pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata : -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata : per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata : kata dasar : kata terbitan
kata kerja . peraga . peragawati
. latih . latihan
. bawa . pembawaan
. lawan . perlawanan
kata sendi . oleh . perolehan
. untuk . peruntukan

kata nama - lombong - perlombongan
- rumah - perumahan
- guru - perguruan
kata adjektif . cantik . kecantikan
. besar . pembesar
. tinggi . Ketinggian

Read more...

Bahasa Melayu : Karangan

>> Saturday, 20 February 2010

Kamu telah pergi ke sungai bersama-sama dengan kawan-kawan kamu. Ceritakan peristiwa yang telah berlaku kepada kamu pada hari itu. Tuliskan karangan berpandukan maklumat yang diberikan.

Pendahuluan : - hari minggu - berenang - di sungai

Isi-isi : - air deras - hujan - membuka baju - terjun ke dalam sungai
- bergurau-gurau - semakin ke tengah - tidak sedar
- kaki seperti ditarik - lemas - dibawa arus - menjerit - pertolongan
- pemancing di bawa ke tebing
- diselamatkan - pemancing - dibawa ke tebing - pulang ke rumah

Penutup : - ayah - marah - dirotan - insaf - tidak akan mengulangi

Read more...

Bahasa Melayu : Tatabahasa

Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh;
akan, belum , masih , telah, sudah, harus, boleh, dapat, hendak, mesti
Contoh ayat.
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segera.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah hendak pergi memancing esok.
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata bantu yang sesuai.
1. Salam dan pesanan itu ........................ saya sampaikan kepada Zaidin.
2. Norman ........................... menyertai pertandingan syarahan bulan depan.
3. Yusoff .............................. melaporkan kecurian itu kepada polis.
4. Guru besar ............................ mengingatkan murid-murid beberapa kali supaya jangan membazirkan air dan elektrik.
5. Wani ke bandar kerana dia ........................... membeli pewarna lukisan.
6. Saya .......................... ke perpustakaan sekarang kerana saya berjanji untuk berjumpa Khalidah di situ.
7. Jangan dipetik buah rambutan itu kerana ....................... muda dan masam lagi.
8. Sepanjang malam Rizal tidak ........................ tidur kerana sakit gigi.

Read more...

Bahasa Melayu - Panduan Mengarang

PANDUAN MENGARANG / MENULIS


Sebelum membuat sesuatu karangan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkan pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembuka atau penegenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan tersebut. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa. Oleh itu, pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan anda hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan yang lain. Isi-isi itu dipecahkan dalan perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Biasanya sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid adalag lebih panjang daripada perenggan lain. Jaga isi karangan supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan dari menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Jangan campur-adukkan isi dan elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.
Tip : Antara kaedah mencari isi
Kaedah 1 ( Pertanyaan )
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?
Kaedah 2 ( Membuat Peta Minda )
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya jiga handaklah memberi suatu kepuasa kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita secara ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara tergantung atau mengejut.

Read more...

Bahasa Melayu - Kata Kerja

Kata Kerja
Kata kerja ternahagi kepada ;
a. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan melampau )
b. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak melampau )
A) Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti mempunyai penyambutnya.
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan "me-" sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada inbuhan, contohnya mengambil, mendermakan, menduduki, dan mempersilakan.
4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertakan objek ( kata nama ).
Contoh :
i. Kucing itu menangkap seekor burung.
ii. Perempuan itu menjual sayur.
iii. Bapa sedang menulis surat.
Huraian.
Dalam ayat (i)kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut ( objek / kata nama ).
Dalam ayat (ii) perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut ( objek / kata nama ).
Dalam ayat (iii) bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut ( objek / kata nama ).
B) Kata Kerja Tak Transitif
i. Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan abjek lagi.
ii. Kata Kerja Tak Transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber-, men-, ter-, ber...an, dan ber...kan.
Contoh;
1. Rahman belum datang lagi.
2. Murid-murid sedang beratur.
3. Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah "kan" atau "i" di hujungnya.

Contoh ayat;

1. Mereka menjalankan jentera itu.

2. Emak mengikuti pebualan mereka.

Latihan.

Senaraikan 5 ayat Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif selain daripada contoh yang diberi di atas.





























Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP